Friday, May 21, 2010

Baked Macaroni and Cheese

recepi minggu ini


Salam sejahtera dan selamat datang kepada semua pengunjung-pengunjung rumah resipi ini..pada kali ini saya akan berkongsi resipi dan makanan Antarabangsa iaitu Baked Macaroni berserta cheese...ermm nyum-nyum... Cheese, nama pun sudah menyelerakan....kepada pengemar Makaroni dan Cheese, ini dia resipi baru untuk dicuba... Terima kasih kepada Fareen Aliyaa kerana telah berkongsi resipi ini kepada orang ramai... Jom kita cuba... 


Bahan-Bahan                                                                  




8 auns macaroni
2 cawan keju cheddar - dihiris
½ cawan keju Parmesan - diparut
3 cawan susu segar
¼ cawan mentega
2 ½ sudu makan tepung pelbagai guna
2 sudu makan mentega
½ cawan bread crumbs
2 sudu makan minyak masak
secubit paprika
secubit lada hitam yang ditumbuk

Cara                                                  




    

1. Masak macaroni seperti arahan di bungkusan. Campurkan minyak masak   
    semasa merebus macaroni untuk mengelakkannya melekat.Setelah lembut,
    tapis macaroni dan letakkan di dalam bekas casserole/bekas tahan panas.
2. Di dalam periuk lain, cairkan 1/4 cawan mentega dengan api sederhana.
    Masukkan tepung pelbagai guna dan kacau.
3. Masukkan susu perlahan-lahan sambil mengacau adunan. Masukkan pula
    keju cheddar.
4. Masak di atas api perlahan sehingga keju mencair dan adunan menjadi
    agak pekat.
5. Tuangkan adunan ke atas macaroni dan kacau sehingga sebati.
6. Setelah itu, cairkan 2 sudu mentega di atas api sederhana dan kemudian
    masukkan bread crumbs. Kacau sehingga bread crumbs keemasan.
7. Tuangkan bread crumbs yang telah digoreng ini ke atas macaroni.
    Taburkan keju parmesan,paprika dan serbuk lada hitam.
8. Akhir sekali, bakar selama 15-30 minit atau sehingga keju kekuningan dengan
    kepanasan 175 darjah Celcius. Sedia untuk dihidangkan.


Cadangan Hidangan:

Resepi ini merupakan hidangan sampingan tetapi boleh juga dimakan sebagai hidangan
utama.Jika anda ingin menjadikannya hidangan sampingan, ia tidak perlu dibakar dan
ketika menghidang,taburkan keju parmesan, paprika dan lada hitam. Jika ingin dijadikan
hidangan utama boleh dihidangkan bersama coleslaw/ garden salad dan kentang goreng/bakar.

No comments:

Post a Comment